Sunday, 10 November 2013

Perasmian Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPM


Pada tanggal 09hb November 2013 bersamaan 05 Muharram 1435H, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Universiti Putra Malaysia (PSSCPUHUPM) telah dirasmikan penubuhannya didalam sebuah majlis yang diadakan bersempena Sambutan Maal Hijrah & Sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi 1435H.

Majlis perasmian PSSCPUHUPM telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

Majlis perasmian berlangsung bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Untuk berita penuh, sila layari www.silatcekakhanafi.org.


Tuesday, 8 October 2013

Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi UPM


Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi UPM diadakan pada;

Hari:
Setiap hari ISNIN dan RABU 
(dalam semester akademik UPM)

Masa: 
8.30 malam – 10.30 malam

Tempat: 
Padang bersebelahan Kolej Tun Perak,
Universiti Putra Malaysia, 
43400 UPM SERDANG.

Wednesday, 11 September 2013

Pengenalan Silat Cekak Pusaka Hanafi UPM


Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Universiti Putra Malaysia (PSSCPUHUPM) adalah merupakan sebuah persatuan pelajar yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM, yang menjadi jentera penggerak dalam menyampai dan mengembangkan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi di Universiti Putra Malaysia.

Penyampaian dan pengembangan ilmu Seni Silat Cekak di UPM telah dilaksanakan semenjak tahun 1975 lagi. 

Diatas daya usaha saudara Mohd Nizam bin Zamre dan rakan-rakan, beserta dengan sekumpulan Alumni UPM, penyampaian ilmu Seni Silat Cekak yang diasaskan dan diperjuangkan oleh Almarhum Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad, kini digerakkan melalui Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UPM yang bernaung di bawah Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, yang juga lebih dikenali dengan nama Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Silat Cekak Pusaka Hanafi ialah seni silat bela diri yang benar-benar asli yang berasal dari Negeri Kedah, serta mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup lengkap dan kemas. Seni gerakan didalam silat ini adalah berasaskan gerak geri semula jadi manusia yang berpandukan kepada akal fikiran yang waras, jiwa yang tenang, dan selari dengan prinsip-prinsip agama Islam.

Sistem pembelajarannya lebih menitik-beratkan kepada aspek mempertahankan diri agar pengamalnya lebih terlatih dengan sifat berani, dan bukannya dengan sifat yang ganas.

Saturday, 7 September 2013

Pengambilan Ahli Baru


Pengambilan Ahli Baru Silat Cekak Pusaka Hanafi UPM

(klik gambar untuk besarkan)

Wednesday, 14 August 2013

Siapa Pewaris Mutlak Silat Cekak Ustaz Hanafi?

Sumber: 
Majalah Mastika keluaran September 2013
Muka surat 104 - 107





Laman web yang dimaksudkan pada NOTA di muka surat 107 sepatutnya adalah http://www.silatcekakhanafi.org .