Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia diatas kejayaan mencatat Rekod Dunia dalam kategori 'The Largest Silat Lesson' bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 29hb OGOS 2015 dengan menghimpunkan seramai 12,393 orang peserta.
Thursday, 3 September 2015
Friday, 14 August 2015
MySilat MyFest 2015
'MySilat MyFest 2015' adalah satu program himpunan 'Satu Suara Satu Hati' bagi tujuan Persembahan Silat Terbesar di Dunia.
Program ini juga adalah suatu percubaan untuk mencatat Rekod Dunia 'Guiness World Record' yang dijadualkan berlangsung pada 29hb OGOS 2015 (Sabtu), bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, Malaysia.
Penganjur utama bagi program 'MySilat MyFest 2015' ini ialah Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCPUHM).
Penganjur utama juga menjemput SELURUH RAKYAT MALAYSIA berusia 13 tahun ke atas yang beragama Islam, untuk turut sama menyertai bagi percubaan untuk mencatat rekod dunia ini.
Sebarang kerjasama daripada pihak Sekolah / Organisasi / Kolej / IPT / NGO / dll untuk menjadi sebagai rakan strategik bagi program ini juga amat dialu-alukan oleh pihak penganjur utama. Sijil penglibatan bagi individu/organisasi juga adalah disediakan.
Kepada yang berminat untuk menyertai sebagai PESERTA, pendaftaran secara online boleh dibuat @ www.50tahunsilatcekak.com/mysilat
Pihak penganjur utama juga menjemput mereka yang berumur 18 tahun ke atas (bukan ahli PSSCPUHM) yang berminat untuk menjadi SUKARELAWAN bagi program MySilat MyFest 2015 ini untuk >>> DAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN DI SINI <<< . Sijil penglibatan sukarelawan juga disediakan.
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung terus dengan wakil PSSCPUHM, En. Mohamed Ses bin Kasim di nombor 012-713 8924.
Subscribe to:
Comments (Atom)

